MOSCOW : Beberapa penumpang terbunuh, manakala puluhan cedera dalam insiden kereta api terbabas akibat tergelincir di Montana, Amerika Syarikat (AS).
Menurut pengendali pengangkutan itu Amtrak, lima gerabak Empire Builder tergelincir berhampiran bandar Joplin pada Sabtu, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan.
Terdapat sekitar 147 penumpang dan 13 kru di dalam keretapi api berkenaan, lapor Sputnik.
“Amtrak bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengangkut penumpang yang cedera dan memindahkan mereka yang terselamat,” lapor media tempatan memetik kenyataan Amtrak.
Kereta api itu dilaporkan tergelincir ketika dalam perjalanan menuju ke Seattle.
BERNAMA
Disunting oleh Nurshazlin Shahrom