JOGJAKARTA : Satu fenomena aneh melanda selatan pantai di Jogjakarta baru-baru ini apabila ribuan ikan bilis membanjiri kawasan persisiran pantai.
Dalam video yang tular di media sosial itu memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menggunakan jaring, sauk dan pelbagai perkakasan lain untuk menangkap ribuan ikan bilis tersebut di sudut batu pantai dan di gigi air.
Sementara itu, ramai beranggapan fenomena ini suatu bentuk rezeki yang boleh dibawa pulang ke rumah.
Namun, ada juga yang bimbang ia merupakan petanda awal untuk bencana alam lain.
Menurut laporan sebuah portal agensi, terdapat tiga faktor fenomena ini terjadi iaitu perubahan drastik suhu air laut, pertumbuhan alga dan plankton serta arus gelombang yang tinggi.
Disunting oleh Nurshazlin Shahrom