Covid19Semasa

COVID-19 : 14,990 kes positif baharu

PUTRAJAYA: Sejumlah 14,990 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini.

Selangor menjadi penyumbang utama kes jangkitan tertinggi di Malaysia dengan merekodkan sejumlah 2,414 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti di negara ini mencecah 2,142,924 kes.

Katanya, tujuh negeri lain turut melaporkan pertambahan kes harian empat angka iaitu Johor dengan 1,880 kes, disusuli Sarawak (1,712), Kelantan (1,573), Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Sabah (1,199) dan Kedah (1,007).

Selain itu Terengganu merekodkan 852 kes, Pahang (688), Kuala Lumpur (338), Melaka (313), Negeri Sembilan (170), Perlis (97), Putrajaya (30) dan Labuan (3).

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button