JERUSALEM : Seorang warga Palestin didakwa menikam dua orang rakyat tempatan di sebuah kedai kosmetik yang terletak di tengah bandar Jerusalem, semalam.
Menurut laporan Arab news, dalam kejadian tengang itu, polis Israel sekaligus, menembak dan mencederakan pelaku tanpa soal siasat.
Dilaporkan kejadian itu berlaku beberapa jam selepas seorang penduduk Palestin menggunakan pemutar skru untuk menikam seorang tentera Israel di sekitar Tebing Barat.
Kata tentera rejim yang bertugas, rakyat Palestin tersebut dihantar ke hospital selepas ditembak untuk menerima rawatan.
Kini, keadaan di Palestin menjadi lebih tegang sejak enam warga Palestin melarikan diri dari penjara Gilboa menjadikan kawasan bandar tersebut dikawal ketat oleh rejim Zionis.
Bagaimanapun, berdasarkan laporan terkini empat tahanan terbabit telah ditangkap semula.
“Tidak diragukan lagi ada peningkatan yang kita hadapi dan kita dikerahkan secara aktif di lapangan untuk setiap senario,” kata Komander Polis Daerah Jerusalem, Doron Turgeman kepada wartawan di lokasi kejadian.
Sementara itu, buat seluruh penduduk Palestin, mereka memandang enam tahanan tersebut adalah pahlawan dan pejuang kebebasan yang diseksa tentera rejim.
Arab News
Diterjemah oleh Nurshazlin Shahrom
_________________________________________________________
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia