Wabak kolera ragut lebih 2,000 nyawa di Nigeria
Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
LAGOS : Angka kematian akibat wabak kolera di Nigeria sejak Januari telah mencecah 2,141 daripada lebih 65,000 kes disyaki.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit Nigeria (NCDC), sejumlah 65,145 kes disyaki kolera telah dilaporkan dari 23 negeri dan di Wilayah Persekutuan dengan 2,141 kematian.
Kes baharu yang disyaki dalam seminggu antara 23 Ogos hingga 29 Ogos berkurang kepada 2,127 berbanding 3,098 kes pada minggu sebelumnya.
Kolera adalah penyakit yang sangat virulen, ia disifatkan paling teruk dan mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit berair akut sehingga boleh mengakibatkan kematian.
Wabak kolera masih melanda Nigeria setiap tahun terutama ketika musim hujan dan kerap berlaku di kawasan padat penduduk dan tidak mempunyai kemudahan sanitasi yang baik serta kekurangan air dan makanan bersih.
– BERNAMA
Oleh Hafeez Anuar