Kerjasama MAPIM dan KKAKDD agih bantuan di Damansara Damai
Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
DAMANSARA : Kes Covid-19 belum menunjukkan tanda-tanda akan reda, dan sehingga kini ia masih dalam lingkungan 20,000 kes sehari.
Disebabkan perkara itu, ramai yang masih buntu dalam mencari jalan keluar daripada kesengsaraan akibat hilang mata pencarian dan sumber kewangan.
Menyedari hakikat itu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) meneruskan lagi inisiatif menyantuni ummah dengan menyalurkan bantuan kepada mereka terkesan akibat Covid-19.
Menurut Setiausaha Agung MAPIM, Mejar (PA) Bersekutu Mejar Zulhanis Zainol berkata mereka menjalankan kolaborasi bersama Kelab Kebajikan Anggun Karisma Damansara Damai bagi mengagihkan kotak makanan kepada penduduk di sekitar kawasan itu.
“Hari ini kita telah mengagihkan sebanyak 100 kotak makanan kepada penduduk sekitar kawsan Damansara Damai yang terputus bekalan makanan akibat Covid-19.
“Saya mewakili MAPIM berasa teruja kerana pihak NGO Anggun Karisma sudi berkolaborasi bersama kami dan menjadikan kami sebagai platform untuk mengagihkan sumbangan ini.
Menurut Pengerusi KKAKDD Siti Arbi, mereka mengucapkan terima kasih kepada MAPIM yang sudi bekerjasama dengan kumpulan NGO mereka dalam menyantuni ummah.
“Sekarang masa Covid-19 ramai yang terpaksa kuarantin dan ada terdiri daripada ibu tunggal yang sukar untuk menyara keluarga, ada yang hilang pekerjaan jadi kami memanggil MAPIM untuk bekerjasama dalam mengagihkan bantuan kepada mereka yang terkesan,” katanya.
UmmahToday juga sempat menemubual seorang penerima bantuan, Wong Kon Foo yang terpaksa menggunakan kerusi roda akibat penyakit strok yang dihadapinya sejak enam tahun lalu.
“Sudah enam tahun saya kena guna kerusi roda untuk bergerak ke mana-mana, saya hidup berdua sahaja dengan anak saya yang baru berumur sembilan tahun, saya tak mampu nak jaga dia seorang diri, isteri saya sudah meninggal dunia tiga bulan lalu dan sekarang kami tinggal berdua sahaja.
“Saya risau dan buntu fikir macam mana nak jaga anak saya, saya sudah tiada sumber kewangan dan tak mampu nak kerja lagi, tiada siapa yang boleh bawakkan dia ke sekolah dengan keadaan saya macam ini.
“Tapi nasib baik ada kawan dan jiran yang tolong sikit-sikit, hari ini MAPIM datang sumbangan pada saya, saya berasa gembira sangat-sangat kerana mereka sudi datang melawat saya,” katanya ketika ditemubual UmmahToday.
Oleh Hafeez Anuar
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038