Semasa

Ribuan kucing terbiar di Kepulauan Phi Phi ketika pandemik Covid-19

BANGKOK : Lebih 1,000 kucing terbiar di Pulau Phi Phi, di sini, ditinggalkan oleh pemiliknya setelah COVID-19 membunuh industri pelancongan negara itu.

Pemilik kucing, yang merupakan pekerja dan pengusaha pulau tersebut berpindah ketika awal pandemik berlaku dan beranggapan hanya untuk sementara namun sebaliknya keadaan semakin teruk.

Ada juga yang pulang untuk mengambil kucing mereka, setelah mengetahui aktiviti pelancongan ditutup dalam waktu dekat, menurut Suda Klinchuen, salah seorang sukarelawan.

Pihak berkuasa telah berusaha mengawal populasi kucing dengan melakukan pemandulan secara besar-besaran, tetapi tidak berhasil.

Akibatnya, setiap hari sejumlah besar kucing didapati di sekitar pulau menunggu untuk diberi makan oleh sukarelawan penyayang kucing. Pemberian makanan bermula pada Mac tahun lalu, menurut Suda.

“Kebanyakan mereka kelaparan,” katanya, sambil menambah bahawa ketika ini dia membayar makanan kucing.

Kucing yang terbiar, bagaimanapun, tetap sihat, diberi makan pada waktu pagi dan petang oleh sukarelawan. Halaman Facebook telah dibuat dengan nama yang diterjemahkan sebagai “The Stranded Cats of Phi Phi Islands” dan dibuka untuk orang ramai hulurkan sumbangan.

Pihak berkuasa telah meninjau pulau-pulau dan mengesahkan populasi kucing lebih dari 1.000.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button