Aktiviti ziarah kubur di luar musim perayaan dibenarkan – MKN
Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
KUALA LUMPUR : Aktiviti ziarah kubur di luar musim perayaan adalah dibenarkan tertakluk pada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata larangan aktiviti itu yang diumumkan MKN sebelum ini hanya tertakluk pada hari tertentu seperti perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sahaja.
Jelasnya, aktiviti yang menjadi tradisi pada hari perayaan berkenaan dilarang ketika itu kerana berdasarkan penilaian risiko jangkitan Covid-19, kawasan perkuburan menjadi tumpuan awam yang boleh mencetuskan penularan wabak.
“Dalam keadaan di luar waktu perayaan sebenarnya tidak menjadi masalah dan ia dibenarkan (untuk menziarah), namun setiap individu yang menziarah tertakluk kepada pematuhan SOP seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.
Yang penting, aktiviti itu mestilah tertakluk dengan SOP am yang diterbitkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa,” katanya.
Bagaimanapun menurutnya, kebenaran untuk masuk ke kawasan kubur dan waktu ziarah adalah bergantung kepada pihak pengurusan tanah perkuburan.
-BERNAMA
Oleh Hafeez Anuar