Semasa

396 guru di Johor enggan divaksin sebab keraguan – TMJ

JOHOR BAHRU : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah hanya 396 guru di negeri ini tidak mengambil vaksin Covid-19 atas sebab keraguan terhadap suntikan itu.

Baginda bertitah baki 383 guru pula mengambil pendirian untuk ditangguhkan manakala sebilangan guru terbabit telah bersetuju mendaftar bagi mengambil vaksin.

“Saya telah mendengar ulasan dari para guru mengenai isu-isu yang mereka hadapi. Daripada 779 orang guru yang asalnya menolak vaksin, didapati hanya 396 yang tidak mengambil vaksin atas sebab keraguan terhadap vaksin.

“Yang bakinya telah mengambil pendirian untuk ditangguhkan buat masa ini, kerana mempunyai alahan, mengandung, ataupun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

“Sebilangan guru kini telah bersetuju mendaftar untuk mengambil vaksin,” titah Baginda menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum itu, baginda telah bertemu dengan guru-guru yang belum divaksinasi di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini hari ini.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button