
PUTRAJAYA : Catatan kes Covid-19 di negara Malaysia hari ini merekodkan 19,807 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 1,555,093 kes.
Katanya, semua negeri mencatatkan pertambahan kes dengan Selangor menjadi negeri tertinggi melaporkan kes baharu iaitu sejumlah 5,379 kes.
“Selain itu ialah Sabah dengan 2,638 kes diikuti Kedah (1,948), Sarawak (1,772), Johor (1,391), Pulau Pinang (1,501) dan Kelantan (1,196).
“Turut mencatatkan kes ialah Kuala Lumpur sebanyak 999 kes, Perak (703), Pahang (598), Melaka (558), Terengganu (534), Negeri Sembilan (508), Perlis (54), Putrajaya (24) dan Labuan (empat),” katanya menerusi Facebook hari ini.
