MEXICO : Seorang wanita yang sedang bertarung nyawa dihanyutkan arus deras berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki, Nicholas Soto.
Pada awalnya, wanita tersebut memandu kenderaan bagi menyeberangi sungai San Bartolo di Baja California Sur, La Paz apabila air sungai melimpah disebabkan hujan ribut tropika sebelum ini.
Namun, kenderaan yang dinaiki gagal untuk menyeberang lantas menyebabkan wanita itiu keluar dari kenderaan dan menuju ke daratan dengan menempuh arus deras sebelum berpaut pada sebatang pokok.
Melihat kejadian itu, Nicholas yang sedang berada berdekatan bersama sepupunya, Diego Soto bertindak berjalan ke arah wanita itu dan menyelematkan nyawanya.
Wanita berkenaan kemudian ditarik oleh dua lagi lelaki lain ke daratan.
Merujuk laporan El Heraldo de Mexico, wanita berkenaan kemudian dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Agensi
Oleh Nurshazlin Shahrom