Semasa

COVID-19 : 21,468 kes dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA : Catatan kes Covid-19 di negara ini masih kekal melepasi angka 21,000 dengan 21,468 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 1,363,683 kes.

Dr Noor Hisham berkata, kes harian di Selangor meningskat melepasi aanga 7,000 iaitu sebanyak 7,449 kes diikuti Kuala Lumpur 2,183 kes, Kedah (1,807), Sabah (1,654), Johor (1,485) dan Pulau Pinang  (1,316).

Negeri lain adalah Kelantan (1,088), Negeri Sembilan (974), Perak (940), Melaka (723), Sarawak (715), Pahang (572), Terengganu (440), Putrajaya (66), Perlis (50) dan Labuan (enam).

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button