Semasa

Malaysia mampu capai sifar lapar menjelang 2030

KUALA LUMPUR : Malaysia berada pada sasaran untuk mencapai sifar lapar serta meningkatkan pendapatan rakyatnya menjelang 2030, menurut seorang penasihat pertanian dan pelaburan.

Pengarah Pertanian, Perdagangan dan Pelaburan dari Institut Pembangunan Antarabangsa Pembangunan Kelestarian Kanada, Carin Smaller mendedahkan dalam satu kajian institut itu baru-baru ini, perbelanjaan tambahan berjumlah US$ 33 billion (US$1 = RM4.23) setahun diperlukan sehingga 2030 bagi mengakhiri isu-isu kelaparan, meningkatkan pendapatan petani termiskin selain daripada program pemuliharaan iklim.

“Berdasarkan kajian kami, Malaysia berada di landasan yang betul (untuk mencapai kelaparan sifar, meningkatkan pendapatan menjelang 2030) dan tambahan US$33 billion itu tidak perlu dibelanjakan di Malaysia,” katanya di webinar Forus Ekonomi Islam Dunia (WIFE) semalam.

Smaller ketika bercakap mengenai tambahan perbelanjaan sebanyak US$33 billion setahun itu berkata jika jumlah tersebut digerakkan pada setiap tahun, ia akan mampu mengeluarkan 500 juta orang di seluruh dunia daripada masalah kelaparan dan menggandakan pendapatan 545 juta petani.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan dua pertiga daripada wang itu diperlukan di Afrika dan dua pertiga daripada jumlah berkenaan akan dibelanjakan di ladang.

Afrika adalah benua yang amat memerlukan bantuan dan ini disahkan dengan peningkatan tahap kelaparan yang dilihat berikutan Covid-19 yang menyebabkan kenaikan kebuluran berjumlah 50 peratus di Afrika Barat dan 33 peratus lagi di Afrika Selatan,” katanya.

Daripada US$33 juta peruntukan selama setahun itu, 58 peratus atau US$19 juta perlu diperoleh dari sumber dalam negeri yang bermaksud daripada pemerintah di negara berpendapatan rendah.

Selebih 42 peratus lagi atau US$14 billion harus berasal dari sumber luaran seperti penderma melalui bantuan atau mekanisme tradisional atau daripada pengumpulan dermawan, katanya.

-BERNAMA

Related Articles

Back to top button