42 maut dalam kebakaran hutan di Algeria
ALGERIA : Sekurang-kurangnya 42 orang dilaporkan maut termasuk 25 anggota tentera dalam tragedi kebakaran di kawasan hutan berbukit di wilayah Kabylie, timur Algiers.
Pihak berkuasa mengesahkan perkara itu dan mendakwa kebakaran itu berhubucng kait dengan perbuatan jenayah.
Menurut laporan Al-Jazeera, pihak berkuasa pertahanan awam memaklumkan dua orang mengalami kecederaan serius dalam kejadian tersebut.
Beberapa gambar yang dimuat naik di laman media sosial menunjukkan kebakaran besar dan asap menyelubungi langit di kawasan hutan berbukit di wilayah Kabylie, timur Algiers.
Sementara itu, Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune dalam ciapannya mengucapkan takziah kepada anggota keluarga pasukan keselamatan yang terbunuh ketika cuba menyelamat orang awam yang terkepung di Bejaiea dan Tizi Ouzou, tempat di mana kebakaran dikatakan bermula.
Beliau menyifatkan tentera yang terkorban sebagai `syahid’ ketika mereka cuba menyelamatkan penduduk di kawasan Bejaiea dan Tizi Ouzou.
-AGENSI
Diterjemah ole Hafeez Anuar