Israel larang kemasukan 34 jenis barangan ke Gaza

Gaza : Jawatankuasa Presiden dalam menyelaraskan kemasukan barang memaklumkan bahawa rejim Israel melarang kemasukan 34 jenis barangan ke Gaza. Produk tersebut telah diluluskan oleh pihak berkuasa Israel pada hari Khamis lalu.
Barang yang dilarang termasuk alat muzik, telefon bimbit, komputer, mesin pencetak, fon kepala, peralatan suara, aksesori komputer, kamera, permainan elektronik untuk anak-anak, dan jenis barangan lain.
Terdahulu, mereka mengumumkan pada Khamis lalu bahawa mereka membenarkan pengimportan dan pengeksportan beberapa jenis barangan bermula dari Isnin selepas dilarang berikutan perang Israel di Gaza baru-baru ini.
Namun, keputusan Israel untuk melarang mereka masuk hanya sehari sebelum tarikh akhir keputusan sebelumnya.
Sementara itu, Israel terus mencegah barang keperluan masuk ke kawasan jajahan, yang menempatkan lebih 2 juta penduduk Palestin.
-AGENSI
Diterjemah oleh Hafeez Anuar