SemasaSyria

Olimpik untuk anak-anak kem pelarian Syria

Disertai 12 kem pelarian di seluruh Idlib

IDLIB : Tidak semua orang berpeluang merasai kemeriahan sukan Olimpik Tokyo. Antaranya adalah pelarian perang di Syria yang terpaksa berjuang dengan hidup mereka sendiri.

Menyedari hakikat itu, selepas berakhirnya Olimpik Tokyo 2020, satu versi Olimpik yang disertai oleh kanak-kanak dari 12 kem pelarian telah diadakan oleh badan kebajikan Syria bagi menceriakan mereka.

Seramai 120 orang kanak-kanak lelaki Syria dari 12 kem pelarian berkumpul pada Sabtu (7/8/2021) untuk mengikuti Olimpik versi mereka di Idlib.

Setiap kem pelarian mempunyai warna dan bendera sendiri bagi mewakili mereka.

This aerial view shows members of the local media gathered across a field at a camp for displaced Syrians during the so-called “Camp Olympics 2020” in the town of Fuaa, in the northwestern Syrian last major rebel bastion of Idlib, on August 7, 2021, as 120 boys from 12 different camps gather for their own version of the Olympic games, at the end of the Tokyo Olympics. – The Idlib region is home to nearly three million people, two-thirds of them displaced from other parts of the country during the ten-year-old conflict. The majority of those who have lost their homes live in camps dotted across the jihadist-dominated region, depending on humanitarian aid to survive and battling cold and floods in winter. (Photo by OMAR HAJ KADOUR / AFP)

Antara peserta ‘Olimpik Kem Pelarian 2020’, adalah Walid Mohammed al-Hassan (12 tahun) yang mengaku gembira dapat mewakili kemnya dalam acara lompat jauh.

“Kami bergembira,” katanya dengan tiga rakan pasukannya yang mengerumuni sambil memegang bahunya.

“Saya dapat tempat kedua dalam lompat jauh,” ujar al-Hassan, menyeringai lebar dalam seragam pasukannya, ikat kepala putih dan baju biru.

Kanak-kanak berusia 8 sehingga 14 tahun bertanding dalam pelbagai acara, iaitu lompat jauh, lempar lembing, lempar cakra, lompat tinggi, lari berhalangan, gimnastik, bela diri, bola tampar, badminton, bola sepak, larian, dan lumba kuda.

Dikelilingi oleh kerumunan kecil, dua budak lelaki dengan pakaian karate putih saling berhadapan, sementara yang lain bertindak sebagai juri.

Di trek balapan pula, seorang budak lelaki berlari laju sambil memegang potongan gambar kepala kuda di dadanya dalam acara ‘lumba kuda’.

Displaced Syrian children run with cutout of horse heads, during the so-called “Camp Olympics 2020” in the town of Fuaa, in the northwestern Syrian last major rebel bastion of Idlib, on August 7, 2021, as 120 boys from 12 different camps gather for their own version of the Olympic games, at the end of the Tokyo Olympics. – The Idlib region is home to nearly three million people, two-thirds of them displaced from other parts of the country during the ten-year-old conflict. The majority of those who have lost their homes live in camps dotted across the jihadist-dominated region, depending on humanitarian aid to survive and battling cold and floods in winter. (Photo by OMAR HAJ KADOUR / AFP)

Ketika matahari terbenam, para peserta dan penyelenggara bersorak semasa para pemenang naik ke podium bagi menerima pingat mereka di bawah hujan confetti.

Seorang budak lelaki bernama Abdallah, memberitahu bahawa pasukannya sudah memenangkan pingat dalam acara badminton.

Wilayah Idlib adalah rumah bagi hampir tiga juta penduduk, dua per tiga daripada mereka adalah pelarian dari wilayah lain Syria sejak konflik 10 tahun lepas.

Majoriti mereka yang kehilangan rumah tinggal di kem-kem yang berselerak di seluruh wilayah yang dikawal tentera. Mereka bergantung hidup pada bantuan kemanusiaan dan terpaksa berjuang melawan sejuk dan banjir pada musim dingin.

Penyelenggara Olimpik, Ibrahim Sarmini mengatakan acara tersebut selain bertujuan untuk memberi anak-anak harapan, ia  juga bagi menarik perhatian masyarakat antarabangsa atas penderitaan mereka.

This aerial view shows young athletes gathered across a field at a camp for displaced Syrians during the so-called “Camp Olympics 2020” in the town of Fuaa, in the northwestern Syrian last major rebel bastion of Idlib, on August 7, 2021, as 120 boys from 12 different camps gather for their own version of the Olympic games, at the end of the Tokyo Olympics. – The Idlib region is home to nearly three million people, two-thirds of them displaced from other parts of the country during the ten-year-old conflict. The majority of those who have lost their homes live in camps dotted across the jihadist-dominated region, depending on humanitarian aid to survive and battling cold and floods in winter. (Photo by OMAR HAJ KADOUR / AFP)

“Kami mahu memperkenalkan kanak-kanak ini pada pelbagai jenis olahraga yang belum pernah mereka cuba sebelumnya,” ujar Sarmini.

“Namun, tujuan utamanya adalah untuk menghibur penghuni khemah, anak-anak dan orang dewasa, yang menjalani kehidupan yang sangat sukar,” kata perwakilan dari badan amal Syria.

Perang Syria telah mengorbankan kira-kira 500,000 orang sejak 2011, dengan jutaan orang Syria menjadi pelarian di dalam dan di luar negara.

Atlet Syria bertanding di Olimpik Tokyo mewakili dua pasukan, enam atley di pasukan kebangsaan yang mewakili kerajaan Damsyik, dan sembilan atlet di Pasukan Pelarian Antarabangsa Olimpik.

Dua beradik bertanding pada pasukan yang berbeza, meskipun mereka berdua tinggal di Jerman.

“Sedih melihat anak muda Syria yang mengambil bahagian sebagai pelarian,” kata Sarmini.

“Tapi, itu bagus untuk kami bahawa ada ‘pahlawan’ bebas yang mewakili orang-orang Syria di Olimpik,” katanya.

Dalam Olimpik Tokyo 2020, tidak ada atlet daripada pasukan pelarian Syria yang memperoleh pingat, sedangkan dari pasukan kebangsaan Syria, mereka berjaya meraih pingat gangsa daripada atlet angkat besi, Man Asaad.

================

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas Syria.

DUA CARA MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)

1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan  Menerusi Maybank SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)

Akaun No : 562834636987

Related Articles

Back to top button