Covid19DuniaSemasa

Facebook padam akaun sebar fahaman antivaksin

Cubaan kedua dalam menyebarkan dakyah antivaksin

Syarikat media sosial gergasi, Facebook bertindak memadam akaun disyaki mewujudkan kempen anti vaksin  dengan niat menghasut masyarakat yang berpengkalan di Rusia.

Facebook mendakwa rangkaian itu menyasarkan India, Amerika Latin serta Amerika Syarikat.

Katanya, kempen ini berusaha merekrut pemengaruh atau influencer untuk menyebarkan dakwaan palsu bagi menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap vaksin Covid-19.

Berdasarkan laporan terbaharu, Facebook mendapati terdapat hubungan antara rangkaian dan kempen itu dengan agensi pemasaran Fazze.

Dilaporkan agensi. itu merupakan sebahagian daripada syarikat yang dikendalikan Rusia bernama Adnow.

Melalui penyiasatan dijalankan BBC pada Mei lalu, Fazze menawarkan sejumlah wang kepada pemengaruh atau influencer untuk menyebarkan dakwaan palsu melibatkan risiko menggunakan vaksin Pfizer.

Tambahnya, ini merupakan gelombang kedua percubaan kempen sebegini memburukkan vaksin diusahakan  syarikat dari negara Barat.

Pada November, rangkaian yang sama giat menyebarkan keburukan vaksin AstraZeneca dengan mendakwa vaksin itu menggunakan adenovirus daripada sampel haiwan.

-BBC
Diterjemah oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button