Covid19Semasa

COVID-19 : 17,405 kes baharu

Kes terus meningkat dua hari berturut-turut

PUTRAJAYA : Kes harian positif COVID-19 sekali lagi mencatatkan angka tertinggi apabila sebanyak 17,405 kes dilaporkan hari ini menjadikan peningkatan  kes dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang berkongsi ringkasan laporan di media sosial, berkata  jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 sudah mencecah 1,061,476 kes.

Beliau berkata, Selangor merekodkan 7,171 kes baharu, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,880 kes, Kedah (1,112), Sabah (913), Negeri Sembilan (863), Johor (767), Pulau Pinang (760), Kelantan (532) dan Melaka (531).

Tambahan lagi,  Terengganu mencatatkan 490 kes baharu, Sarawak (464), Pahang (429),  Perak (406), Putrajaya (68), Labuan (16) dan Perlis hanya tiga kes baharu.

Orang lain diingatkan supaya terus melakukan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara kita.  Bersama kita putuskan rantaian Covid-19.

Oleh : A.Azfar

Related Articles

Back to top button