Semasa

Pintu tren terbuka, pengguna tergamam!

Rapid KL ambil tindakan segera

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

KUALA LUMPUR : Tular satu video semalam memaparkan seorang wanita merakamkan kejadian pintu gerabak Transit Aliran Ringan (LRT) terbuka ketika ia sedang bergerak laju.

Menerusi hantaran video daripada seorang pengguna Twitter @perksofbeingsxf, video berdurasi 10 saat itu menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata terkejut dengan situasi itu.

Antara reaksi pengguna Twitter

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira 3 petang semalam dan tren tersebut dalam perjalanan dari stesen Ara Damansara menuju ke stesen Lembah Subang.

Susulan itu, Rapid KL mengeluarkan kenyataan di laman Twitter, mengatakan kejadian itu disedari segera oleh Pusat Kawalan Operasi, sekaligus tindakan diambil kurang dari dua minit ketika sampai di Stesen LRT Lembah Subang yang terletak kira-kira 900 meter dari stesen LRT Ara Damansara.

Ia kemudian dihantar ke depot untuk pemeriksaan segera dan siasatan lanjut.

Semasa kejadian, terdapat tujuh penumpang di dalam kereta api dan semua penumpang selamat.

Rapid KL memandang serius kejadian ini dan siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kerosakan agar perkara ini tidak berulang di masa akan datang.

Oleh : Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button