DuniaSemasa

22 orang didenda kerana melanggar peraturan haji 2021

denda sebanyak 10,000 riyal

Mekah : Seramai 22 orang telah didenda kerana melanggar peraturan haji 2021 yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi. Mereka didenda sebanyak 10,000 riyal bersamaan 11,245.30 ringgit Malaysia.

Menurut Jurucakap Komando Pasukan Keamanan Haji, Brigadir Sami al-Shuwairekh, mereka yang tidak memiliki surat keizinan dilarang keras memasuki tempat-tempat suci seperti Masjidil Haram, Mina, Muzdalifah, dan Arafah semasa ibadah haji berlangsung.

Ini mengikut peraturan dalam Protokol Kesihatan Ketat yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi menghalang penyebaran covid-19.

Tambah beliau, pasukan pengawasan akan sentiasa mengawal dan memeriksa tempat-tempat suci bagi memastikan peraturan itu dipatuhi.

Pada tahun ini hanya 60,000 orang yang dibenarkan melaksanakan ibadah haji mengikut kriteria yang sudah ditetapkan.

Antara kriteria tersebut ialah, mereka mestilah penduduk Arab Saudi ataupun yang tinggal di Arab Saudi. Mereka perlu berumur antara 18 sehingga 65 tahun, tidak ada penyakit kronik dan sudah divaksin.

Sebelum covid-19 melanda dunia, jemaah haji biasanya mencecah 2.5 juta orang. Pada tahun lepas pula, hanya 10,000 orang yang dibenarkan untuk melaksanakan ibadah haji.

 

Related Articles

Back to top button