PBB kecam serangan terhadap aktivis Iraq
BAGHDAD : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam serangan yang dilakukan terhadap aktivis dan tokoh pembangkang di Iraq baru-baru ini.
Wakil tertinggi PBB, Jeanine Hennis, semalam, mengadakan lawatan terhadap aktivis warga Iraq itu di hospital yang dilaporkan telah diculik dan diseksa oleh pihak militan yang belum dikenal pasti.
“Saya doakan wartawan, Ali al-Mkdam cepat sembuh. Kami kagum dengan keberanian dan usahanya serta mengutuk tindakan kejam yang dilakukan terhadapnya,” katanya menerusi ciapan Twitter belia.
Sementara itu, aktivis tersebut turut menerima lawatan daripada Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhimi yang datang untuk memeriksa keadaannya susulan serangan tersebut.
Sabtu lalu, polis Iraq berkata, al-Mikdam ditemui berhampiran stesen minyak di selatan Baghdad dan dipercayai telah diseksa.
Sejak Oktober 2019, Iraq menyaksikan beberapa siri aktiviti tunjuk perasan yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan ekonomi dan kewangan negara itu.
Data kerajaan itu menganggarkan hampir 600 penunjuk perasaan dan pihak keselamatan terbunuh ketika aktivit protes termasuk beberapa orang dipercayai dibunuh oleh penembak yang tidak dikenal pasti.
Wishing journalist @ali_almikdam a speedy recovery. We salute his courage and determination, and condemn cowardly aggressions that threaten a pillar of democracy: freedom of expression. pic.twitter.com/MPfW3OMNzo
— Jeanine Hennis (@JeanineHennis) July 11, 2021
– Anadolu Agency
Diterjemah oleh Arif Ikhwan – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM / AJ