Covid19Semasa

Semua hospital Selangor catat peningkatan kes Covid-19 – JKNS

Susulan gambar tular keadaan semasa hospital di Selangor

BANGI : Semua hospital di Selangor menerima peningkatan kes Covid-19 yang tinggi teurtama melibatkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan sejak akhir Jun lalu.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata peningkatan akut di Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam berlaku apabila hospital berkenaan dijadikan sebagai Hospital Berpakar Major bukan Covid-19 yang memberi rawatan akut pesakit bukan Covid-19 sekitar Petaling.

“Bagi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), kebanyakkan pesakit tersebut telah dirawat terlebih dahulu di jabatan kecemasan sementara menunggu katil di wad.

“Oleh, penambahan katil terpaksa dilakukan di luar Jabatan Kecemasan HTAR untuk sementara.

“Pihak HTAR dan Hospital Shah Alam dalam proses menambah kapsiti katil di hospital masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan itu bagi menjelaskan gambar yang tular menunjukkan keadaan jabatan kecemasan di HTAR di Klang dan Hospital Shah Alam.

Mengulas lanjut, katanya, mobilisasi kakitangan kesihatan dari luar Lembah Klang turut dijalankan bagi membantu situasi Covid-19 di Lembah Klang meliputi pegawai perubatan, jururawat dan penolong pegawai perubatan.

“Penambahan bilangan katil juga sedang diusahakan melalui pengaktifan hospital medan di Hospital Tuanku Mizan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan perolehan darurat perlatan perubatan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Oleh Pelatih Hafeez Anuar (Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media) / AJ

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button