DuniaSemasa

Rumah keluarga Palestin diroboh tentera Israel

Atas dasar hukuman kolektif terhadap kesalahan dilakukan oleh individu

RAMALLAH : Tentera Israel merobohkan rumah keluarga seorang lelaki warga Amerika Palestin selepas dituduh terlibat dalam insiden tembakan yang membunuh seorang warga Israel dan mencederakan dua individu lagi di Tebing Barat pada Mei lalu.

Lelaki itu, Montaser Shalabi sebelum ini dituduh di mahkamah Israel ekoran serangan yang menyebabkan kematian seorang pelajar, Yehuda Guetta di kota Nablus.

Tentera Israel berkata, selepas rayuan oleh keluarga itu ditolak mahkamah Israel, rumah keluarga lelaki tersebut dirobohkan menerusi letupan terkawal, semalam.

Israel berkata, tindakan itu bagi memberi pengajaran kepada bakal ‘penyerang’ Palestin pada masa hadapan. Kumpulan hak asasi manusia mengutuk dasar kejam Israel itu dan menyifatkannya sebagai hukuman kolektif.

Isteri Shalabi, Sanaa, yang menetap bersama tiga anaknya di rumah itu, berkata dia telah berhubung dengan suaminya menerusi panggilan telefon semalam dan menyifatkan lelak itu sebagai ‘penentang’ dan tekad untuk membina semula rumah tersebut.

“Mereka (Israel) ingin melemahkan semangat kami, tetapi kami sentiasa berdiri kukuh. Inilah situasi bagi setiap rakyat Palestin,” katanya.

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) menerusi satu kenyataan menyeru kedua-dua pihak supaya tidak mengambil tindakan yang akan meningkatkan ketegangan dan mensia-siakan usaha penyelesaian dua hala.

“Ini termasuk tindakan merobohkan rumah rakyat Palestin. Seperti yang kami sering katakan sebelum ini, rumah seluruh keluarga tidak patut dirobohkan atas tindakan seorang individu,” katanya.

AS turut mengkritik dasar Israel terhadap rakyat Palestin yang mana ia dikatakan jarang berlaku ketika pentadbiran Donald Trump yang menyokong penempatan haram Israel di Tebing Barat.

– Al Jazeera

Diterjemah oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan 

****MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button