MOSCOW: Rusia telah melaporkan 672 kematian akibat Covid-19 dalam 24 jam tempoh 24 jam lalu, jumlah kematian tertinggi dalam tiga hari berturut-turut.
Russia mencatat 669 kematian pada Rabu dan 652 kematian pada Selasa.
Negara itu berusaha untuk mengatasi wabak varian delta yang lebih cepat merebak, dan kelembapan program vaksinasi telah memaksa Presiden Vladimir Putin untuk mendesak rakyatnya vaksin.
St Petersburg yang bakal menjadi tuan rumah pada suku akhir Euro 2020, bagi perlawanan Switzerland menentang Sepanyol akan bermula pada hari ini di hadapan ribuan penonton, juga menyaksikan angka kematian tertinggi, iaitu 115 orang.
Puluhan penyokong Finland turut dijangkiti virus itu, mendorong pihak berkuasa memperkenalkan sekatan minimum melarang penjualan makanan di zon penyokong, selepas mereka melakukan perjalanan ke sana awal bulan ini.
Datuk Bandar Moscow, Sergey Sobyanin mengatakan bahawa varian delta yang awalnya terdapat di India menyumbang 90 peratus kes, memaksa pihak berkuasa memperkenalkan beberapa sekatan baru.
Perniagaan pula telah diarah untuk menghantar pulang sebanyak 30 peratus pekerja yang tidak divaksin dan restoran hanya dibenarkan melayan pelanggan yang sudah divaksin atau tidak dijangkiti dalam tempoh enam bulan di dalam premisnya.
Sobyanin juga mewajibkan 60 peratus pekerja industri perkhidmatan bandar diberi vaksin sepenuhnya pada pertengahan Ogos.
Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan / AJ