KemanusiaanPalestinPolitikSemasa

Tunjuk perasaan berterusan di Ramallah setelah kematian aktivis

Beratus-ratus orang turun ke jalan Ramallah, meminta presiden Palestin untuk berhenti.

RAMALLAH : Penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan Palestin bertempur di Kota Ramallah di Tebing Barat pada hari Sabtu, hari ketiga demonstrasi yang dicetuskan oleh kematian seorang aktivis dalam tahanan.

Nizar Banat, 43 tahun dari Hebron yang terkenal dengan video media sosial yang mengecam dakwaan rasuah dalam Pihak Berkuasa Palestin (PA), meninggal dunia pada hari Khamis sejurus pasukan keselamatan menyerang rumahnya dan menangkapnya dengan ganas, kata keluarganya.

Pada hari Sabtu, beratus-ratus warga Palestin turun ke jalan Ramallah, meminta presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk meletak jawatan. Yang lain mengangkat papan sepanduk yang ditujukan kepada PA yang tertulis ‘cuti’.

Pegawai keselamatan anti rusuhan disekat di jalanan. Seorang jurugambar agensi berita AFP mengatakan penunjuk perasaan melemparkan batu ke arah pasukan keselamatan, yang bertindak balas dengan melancarkan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.

Banat telah mendaftar sebagai calon dalam pemilihan parlimen Palestin, yang telah ditetapkan pada bulan Mei hingga Abbas menangguhkannya tanpa notis lanjut.

Keluarga Banat mengatakan pasukan keselamatan menggunakan semburan lada pada Banat, memukul dan menyeretnya masuk ke dalam kenderaan.

Samir Abu Zarzour, doktor yang melakukan autopsi, mengatakan kecederaan di badan Banat menunjukkan dia dipukul di kepala, dada, leher, kaki dan tangan, dengan masa kurang dari satu jam antara penangkapan dan kematiannya.

Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

https://www.aljazeera.com/gallery/2021/6/27/protesters-clash-with-palestinian-security-forces

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button