
Shah Alam : Restoran Mamak di Malaysia adalah antara premis yang terjejas teruk akibat pandemik covid-19. Faktor utamanya adalah (PKP) yang bermula Mac tahun 2020, dan ia menjadi semakin teruk apabila mereka menghadapi kesukaran memperoleh bantuan pinjaman mudah, sama ada daripada agensi kerajaan mahupun pihak bank.
Memetik temubual bersama Sinar Harian, Naib Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Abdul Mukthahir Ibrahim memberitahu, jualan harian restoran Mamak merosot sebanyak 80 peratus sehari dan ia menyebabkan hampir 12,000 restoran Mamak kini berada di hujung tanduk.
Sebelum itu sejumlah 1,500 restoran Kedai Mamak di seluruh negara sudah ditutup selepas mengalami kerugian terkumpul sebanyak lebih RM1 bilion.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan membenarkan semula pelanggan untuk makan di dalam restoran. Buat masa sekarang kerajaan hanya membenarkan makanan dibungkus dan ia memberikan kesan yang sangat besar kepada pendapatan restoran.
- Sinar Harian