PBB kecam serangan ke atas hospital di Syria
Seret ke pengadilan jenayah antarabangsa
AFRIN : Wakil Khas Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Syria mengecam serangan baru-baru ini ke atas hospital di Afrin, yang menyebabkan 14 orang terkorban.
Wakil berkenaan, Geir Pedersen seperti dilapor Agensi Anadolu, mengutuk serangan itu yang membunuh ramai pegawai perubatan. Malah hospital yang hancur dibedil juga satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.
“Saya mengutuk serangan hospital Shifa di bandar di bahagian utara Syria, Afrin, yang menyaksikan pembunuhan ramai pegawai perubatan, ramai yang cedera dan beberapa bahagian hospital hancur.” – Wakil Khas Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Syria / Geir Pedersen
Pedersen berkata serangan mengerikan itu mensasarkan penduduk dan infrastruktur awam, suatu tindakan yang tidak boleh dikompromi dan harus dihentikan. Malah pelakunya harus diseret ke muka pengadilan kemanusiaan antarabangsa.
“Saya juga mengulangi seruan Setiausaha Agung PBB untuk menghukum pihak yang melakukan jenayah di Syria” – Geir Pedersen
Tambah beliau, serangan dan keganasan yang semakin sengit di Syria sejak kebelakangan ini menjadi tanda garis bahawa pentingnya gencatan senjata diwujudkan segera. Di samping itu, usaha untuk melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan yang relevan dengan situasi semasa Syria perlu diberi penekanan.
Serangan Sabtu lalu di hospital Afrin yang dikawal oleh puak pemisah disyaki didalangi kumpulan YPG, kata pegawai di Turki yang bersempadan dengan Syria.
Oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
*****Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas Syria kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG
ATAU
2. Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987