“Hidup semakin berat.” – Anak enam orang yang masih bersekolah, kilang pula ditutup
Anak-anak pula pdpr
Nilai : Pengajaran dan pembelajaran di rumah (pdpr), adalah satu keperluan untuk zaman pandemik covid-19. Ia bukan lagi norma baru, tetapi sudah menjadi gaya hidup yang perlu untuk semua. Cuma ia datang bersama dengan kos tambahan. Perlu gajet, dan perlu internet.
Itu yang dialami oleh Mohd Iznan bin Mohd Salleh. Beliau mempunyai enam orang anak. Dua orang bersekolah menengah, dua sekolah rendah, dan dua lagi masih tadika. Sedangkan beliau hanya pekerja kilang, yang apabila ditolak kos-kos tetap pendapatannya hanya cukup-cukup untuk hidup.
Menurut Mohd Iznan, kos hidup bertambah tetapi pendapatan pula semakin menurun akibat pandemik covid-19.
“PKP tahun lepas, kilang tutup dan kami memang tidak dapat gaji. Tahun ini saya tidak pasti lagi, belum ada pengumuman daripada HR. Jadi hidup semakin berat.”
Jelas keresahan pada wajah beliau. Apatah lagi memikirkan dia perlu memastikan tujuh orang dalam jagaannya cukup makan minum dan pakainya. Sekarang dia perlu juga memikirkan pertambahan kos internet untuk pdpr anaknya.
MAPIM Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penduduk Desaria, dalam kempen kilat sempena PKP 3.0, menghulurkan bantuan kotak makanan asas untuk Mohd Iznan dan keluarganya. Ia adalah sumbangan bagi memastikan keluarga yang memerlukan dapat menarik nafas lega sempena PKP 3.0 ini.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada MAPIM dan persatuan penduduk atas sumbangan ini,” kata Mohd Iznan yang jelas sangat bersyukur dengan sumbangan itu.
MAPIM Malaysia berusaha membantu lebih ramai keluarga yang memerlukan dan mengharapkan lebih ramai rakyat Malaysia juga dapat menyumbang bagi menyokong usaha MAPIM dalam membantu Ummah.
MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA
#MisiUmmahBantuUmmah
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.
Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com
ATAU menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu
1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016