Hamas `sekolahkan’ Blinken tafsiran `hak pertahan diri Israel’
AS penyokong & pembunuhan Palestin
“Israel berhak pertahankan diri!” Demikian kalimah digunakan oleh seteru Israel setiap kali mereka dicabar Ha mas. Segala pembunuhan, pengeboman yang dikatakan berpunca daripada Ha mas disebut tindakan membalas untuk pertahanan diri.
Kenyataan yang `klise’ itu terungkap juga daripada mulut Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken baru-baru ini, yang mempertahan tindakan Israel sebagai haknya untuk “mempertahankan diri”.
Kenyataan Blinken itu dilihat Ha mas sebagai satu benteng untuk Israel terus menyerang dan menindas rakyat Palestin. Peluang diberikan kepada penjajah Israel untuk mengiyakan segala tindakan ganas dan kejam rejim.
Alasan itu sama sekali tidak boleh diterima kerana apa makna pertahanan diri – sedangkan kanak-kanak dan remaja pun yang tidak melawan pun hendak dianggap Israel untuk pertahankan diri. Rakyat Palestin tidak punya senjata, tapi hanya berketul-ketul batu – itu pertahanan diri yang mereka ada, tapi sebaliknya di pihak Israel pertahanan diri mereka adalah senjata canggih berbilion dolar harganya. Tafsiran `mempertahankan diri’ Israel hanyalah untuk sebagai lesen buat perbuatan keji dan kejam mereka.
“Adakah membunuh wanita dan kanak-kanak, mengebom rumah mereka, hancur dari bumbung yang menghempap tubuh mereka dikatakan pertahanan diri. Memaksa rakyat Palestin keluar dari rumah mereka di Baitulmaqdis dan menyerang Masjid Al-Aqsa dan wartawan juga dikira sebagai mempertahankan diri?” – soal Hamas.
Hamas menegaskan penjajah Yahudi “tidak berhak mempertahankan diri”, tetapi mesti “menghentikan penjajahan kawasan Palestin dan penyerangan terhadap orang Palestin.
“Kami juga mengecam bantuan ketenteraan secara berterusan kepada penjajah Israel dan menghantar segala jenis senjata canggih. Jelas Amerika Syarikat adalah rakan kongsi dalam pencerobohan Israel ke atas hak rakyat Palestin.” – Hamas
Hamas juga menempelak Blinken yang sepatutnya mengingatkan pendatang Israel bertanggungjawab atas undang-undang antarabangsa atas darah rakyat Palestin di tangan mereka yang mengalir dari tahun ke tahun. AS sepatutnya belajar sejak tindakan Israel mengurung Hamas dan memecah belahkan Palestin sejak 2006 dengan menolak keadilan dan demokrasi pilihan raya yang telus.
“Kami berharap Blinken dan pentadbiran AS sekarang ini akan belajar daripada kegagalan polisi AS dan campur tangannya dalam kancah politik Arab-Israel. Kalau Blinken dan pentadbiran AS memandang serius tentang kestabilan dan keamanan serantau (Arab) mereka seharusnya menghormati kebebasan dan hak Palestin yang didasari pematuhan undang-undang antarabangsa.” – Hamas
Oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
*****MASA UNTUK BERTINDAK
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
https://www.billplz.com/tabungkilatgaza
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini