Covid19Kerohanian

Subuh itu… solatnya yang terakhir

Permintaan doktor sebelum diintubasi, berwudhu' & solat

“Saya Dr. Wachyudi Muchsin SH bersaksi engkau senior dan sejawat baik, bahkan teramat baik dan saya bersaksi ya Allah Rabbul alamiiin Adnan hambaMu adalah orang yang shalih.”

Tiada kata – kata akhir yang lebih baik daripada seseorang yang menyaksikan kebaikan peribadi sahabatnya, di hari terakhir berada di dunia ini.

Kenyataan itu diungkapkan dan dikongsi Dr. Wachyudi dalam hantaran di laman Facebook beliau mengenai  sahabat beliau, Dr Adnan Ibrahim, 47 tahun,  juga antara doktor yang merawat pesakit Covid-19 di Makassar, Indonesia.

sumber : FB Dr. Wachyudi Muchsin SH

Mengasaskan sebuah Yayasan Pendidikan Islam di Makassar, Allahyarham Dr. Adnan menghembuskan nafas terakhirnya selepas solagt Subuh, Jumaat lalu.

Seorang yang disifakan komited dengan tugasnya merawat pesakit Covid-19 dan menjadi anggota Ikatan Dokter Indonesia (IDI).

Beliau akhirnya men1nggal dunia semalam, Jumaat yang lepas penuh keberkahan akibat COV1D 19. Beliau antara doktor yang sibuk berper4ng dengan v1rus tersebut di tempatnya.

Dipaparkan juga gambar terakhir sebelum beliau diintubasi.

Menurut Dr. Wachyudi, semua sedia maklum, kesan paling bahaya  penyakit Covid-19 adalah pada paru paru.

“Ketika paru paru dijangkiti, pesakit akan mula memerlukan bantuan oksigen, Jika kandungan oksigen masih tidak mencukupi, pesakit akan memerlukan mesin bantuan pernafasan (ventilator) bermula dengan ‘non invasive’ seperti dalam gambar ini. Pada ketika ini pesakit masih sedar,” penjelasan beliau berhubung sistem bantuan pernafasan bagi seseorang pesakit yang dijangkiti Covid-19.

sumber : FB Dr. Wachyudi Muchsin SH

Tambahnya, jika keadaan bertambah teruk, pesakit perlu dimasukkan tiub terus ke salur utama pernafasan (intubated). Untuk mengelakkan refleks melawan salur tersebut di samping mengatur pernafasan dengan mesin, pesakit akan diberi ubat bius yang akan membuatkan pesakit tidak sedar.

Sebagai seorang Dr. Adnan cukup tahu perihal itu. Lantas beliau meminta izin untuk solat sebelum prosedur tersebut dijalankan.

Ternyata itulah solat terakhir beliau. Beliau tidak lagi sedar kembali sesudah itu. Jangkitan yang semakin teruk akhirnya menyebabkan beliau meninggal dunia di pagi yang mulia, penghulu segala hari.

Allahyarham Dr. Adnan juga seorang yang sangat disenangi rakan dan taulan, serta kakitangan hospital.

Isteri Allahyarham ketika memberikan kata-kata dan memohon maaf bagi pihak Dr. Adnan sekiranya ada salah dan silap beliau. Keadaan sebak amat dirasai dengan esakan tangis kecil para petugas.

Setakat ini lima doktor gugur dan didoakan syahid dalam memerangi Covid-19 di Makassar.

Terkini, Jurucakap Persatuan Doktor Indonesia, Halik Malik, berkata kadar kematian dalam kalangan doktor yang disahkan akibat COVID-19, kini berlipat ganda, setakat Ogos tahun ini 24 orang maut.

Sesungguhnya kematian itu pasti, semoga kita pulang kembali kepadaNya dalam keadaan husnul Khotimah dan dalam redha dan diredhaiNya. Amin.

Al Fatihah.

 

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button