BAITULMUQADDIS : Belum pun reda kemarahan dunia mengenai nasib Palestin, Israel semalam (31 Mei) menandatangani perjanjian cukai dengan Israel. Perjanjian itu bagi mempromosi kerjasama ekonomi di antara kedua-dua pihak.
Menurut Daily Sabah, Kementerian Kewangan UAE berkata perjanjian awal dengan Israel untuk mengelakkan cukai berganda itu dicapai pada bulan Oktober lalu. Ia merupakan perjanjian cukai pertama yang dicapai setelah Israel menormalkan hubungan dengan UAE dan Bahrain pada tahun lalu. Seiring dengan itu, Israel telah berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Maghribi dan juga Sudan.
Konvensyen cukai, setelah disahkan oleh Kementerian dan Parlimen itu nanti akan menjadi yang ke-59 untuk Israel dan akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2022. Perjanjian itu didasarkan terutamanya pada model Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) kata Menteri Kewangan Israel Katz dalam satu kenyataan.
Menurut perjanjian itu, potongan cukai, dividen dan royalti adalah terhad akan ditutup. Sejak perjanjian normalisasi ditandatangani pada September lalu, bank Israel dan Emirates serta syarikat lain telah menandatangani perjanjian kerjasama, dan juga melakukan penerbangan langsung.
PWarga Palestin dan aktivis sayap kiri membantah pengusiran keluarga Palestin dari kediaman mereka di kejiranan Yerusalem Timur Sheikh Jarrah – AP
Walau pertempuran menuju gencatan senjata, Israel masih berusaha menghalau puluhan keluarga Palestin secara paksa dari beberapa blok Timur Baitulmaqdis yang diduduki untuk rakyat Palestin bertahun lamanya.
Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan
*******Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia