DuniaPalestinSemasa

AS `tangan yang berdarah’ – jual senjata kepada Israel

AS lulus jualan $735 juta dolar untuk senjata berpandu

ANKARA : Tindakan melampau Presiden Amerika Syarikat (AS) meluluskan sejumlah wang sebanyak $735 juta dolar untuk senjata berpandu Israel dikutuk Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut ulasan Erdogan dalam sidang media, Presiden AS ke-46 itu bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden pergolakan antara pejuang Palestin dan Zionis di Semenanjung Gaza.

“Kamu menulis sejarah dengan tangan berdarah anda. Kamu paksa kami berkata seperti ini. Kami tidak boleh berdiam diri lagi dalam hal ini,”  – Recep Tayyip Erdogan/  Presiden Turki

Erdogan menegaskan pihak AS telah memaksa mereka bersuara dan tidak boleh berdiam lagi mengenai hal ini.

Sebilangan demokrat menimbulkan kebimbangan mengenai penjualan tersebut ketika tentera Israel meneruskan serangan udara di Gaza, sehingga menyebabkan ramai orang awam terkorban.

Seorang Demokrat House Joaquin Castro meluahkan kebimbangan beliau dengan penjualan senjata dari AS kepada rejim Zionis, biarpun, pihak beliau menyokong bantuan keselamatan kepada Israel dengan membiayai sistem pertahanan Iron Dome.

Minggu lalu, Erdogan menuduh Israel melakukan ‘keganasan’ dan berjanji akan menggerakkan dunia untuk membela Gaza.

Semalam, Erdogan mengeji  laporan yang dikeluarkan media AS mengenai penghantaran senjata baharu yang diluluskan pentadbiran Biden.

“Hari ini kita lihat tandatangan Biden bagi urusan jual beli senjata rejim Zionis.” – Recep Tayyip Erdogan/  Presiden Turki

Tambah beliau, wilayah Palestin kini penuh dengan penganiayaan, pertumpahan darah, seperti yang dapat dilihat banyak wilayah lain yang kehilangan kedamaian dengan berakhirnya Uthmaniyyah.

Walaupun begitu, Biden dengan bangga masih menyokong keganasan yang terang lagi bersuluh itu. – AFP

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media – Nurshazlin Shahrom

_________________________

Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi

menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button