PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU : Pendirian Amerika Syarikat yang masih tidak memberi sebarang reaksi di sebalik pertumpahan darah di Palestin dikesali.
China kecewa dengan pendirian Amerika Syarikat (AS) itu yang katanya menyekat kenyataan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai keganasan Israel-Palestin.
Menurut AFP, China mahu masyarakat antarabangsa berusaha dengan lebih baik bagi menamatkan pertumpahan darah.
“Kami kesal, hanya disebabkan halangan oleh satu negara, Majlis Keselamatan tidak dapat bercakap sebagai satu suara.” – Menteri Luar China, Wang Yi
“Kami mahu AS memikul tanggungjawab,” ,” kata Menteri Luarnya, Wang Yi, dalam sidang dalam talian dengan China kini menjadi Presiden majlis itu yang digilir-gilirkan.
Sejak minggu lalu, Amerika yang juga sekutu utama Israel, menangguhkan sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB dari minggu lalu dan kurang berminat untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.
Pentadbiran Presiden Joe Biden mengatakan mereka bekerja di sebalik tabir dan kenyataan bersama Majlis Keselamatan PBB boleh menikam diri.
Xinhua Agency, Yi menyebut Majlis Keselamatan setakat ini gagal mencapai sebarang persetujuan kerana Amerika Syarikat pula memihak bertentangan kepada keadilan antarabangsa.
Biden sejak pertempuran berlaku hanya mengulas ringkas kepada media sambil mempertahankan Israel berhak mempertahan diri sebagai tindak balas terhadap serangan roket Hamas.
***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia