DuniaSemasa

Israel dalang letupan pelabuhan Beirut?

Ahli Parlimen desak siasatan antarabangsa

Pelbagai punca dikaitkan dengan letupan pelabuhan di Beirut pada 4 Ogos lalu.

Dan terkini, Israel didakwa dalang kepada letupan berdarah itu.

Nouhad Machnouk, seorang Ahli Parlimen yang mewakili Beirut berkata Israel adalah pihak yang nyata bertanggungjawab terhadap letupan itu yang kini meragut hampir 200 nyawa dan mencederakan 6,000 yang lain.

Bercakap dalam satu sidang media pada Rabu lalu, beliau mengucapkan syabas kepada ahli parlimen dan pimpinan kerajaan Beirut yang meletak jawatan berhubung tuntutan rakyat mengenai siasatan letupan.

Bekas menteri kabinet yang sebelum ini adalah sekutu rapat, bekas Perdana Menteri Saad Hariri turut  mendesak satu jawatankuasa antarabangsa ditubuhkan bagi meneliti punca tragedi yang memaksa Beirut kini terpaksa dibangunkan kembali.

 

 

 

 

 

Pic:Al-jazeera

Beliau turut menempelak kenyataan Presiden Michel Aoun yang baru baru ini menyebut siasatan antarabangsa itu adalah perbuatan sia-sia.

-Al-arabiya.com

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button