KemanusiaanSemasaSyria

Perang Syria ubah suri rumah jadi ketua keluarga

Tugas mencari rezeki kini di tangan wanita

SYRIA 13 April :  Perang saudara di Syria menyebabkan krisis kemanusiaan terbesar di dunia apabila 6.7 juta orang Syria kekal menjadi pelarian dalam negara selama 10 tahun. 13 juta orang dikategori mereka yang amat memerlukan bantuan manakala 12.4 juta hidup tanpa makanan yang sihat dan selamat.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini keadaan bertambah buruk. Apabila pandemik COVID-19 merebak, keadaan pelarian semakin tertekan dengan kejatuhan ekonomi. Bencana alam juga menyebabkan pelarian berselerakan di perkampungan  pelarian lantas memberi kesan kepada ketua keluarga isi rumah pelarian yang gagal memenuhi keperluan untuk keluarga, terutama dari sudut makanan.

Secara purata harga makanan di Syria meningkat sebanyak 236 peratus pada tahun 2020. Kenaikan harga  makanan ini adalah 29 kali lebih tinggi daripada purata lima tahun sebelum krisis politik Syria. Keadaan ini mendesak keluarga di Syria mengikat perut, termasuk mengurangkan berapa kali makanan diambil.

Kesempitan ekonomi ini memecahkan dominasi kaum lelaki sebagai pencari rezeki keluarga. Sebaliknya wanita Syria terpaksa mengganti tugas itu selepas jumlah golongan lelaki Syria semakin berkurangan. Ramai lelaki Syria tiada, sama ada maut dalam peperangan dan ada juga yang dipenjarakan. Ada dalam kalangan kaum lelaki Syria  yang ghaib entah ke mana serta sebahagian lagi meninggalkan bumi Syria untuk mencari pekerjaan di merata dunia demi sebuah kehidupan yang lebih baik.

Keadaan hidup yang semakin memeritkan itu memaksa wanita atau suri rumah yang selama ini tidak pernah didedahkan dengan dunia pekerjaan, menggalas tugas mencari rezeki. Mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh Reliefweb, 22 peratus ketua keluarga pelarian Syria kini disandang oleh golongan wanita. Peratusan ini meningkat empat peratus menjelang terjadinya konflik.

Situasi ekonomi yang semakin meruncing memaksa golongan wanita, semakin terdorong menjadi pencari rezeki untuk menambah pendapatan keluarga. Secara tidak langsung inilah kejutan dihadapi wanita di Syria yang selama ini tidak pernah terfikir mereka akan terjebak dalam perjuangan mencari sesuap nasi.

Peranan wanita Syria sebagai pencari rezeki ini adalah sebahagian hasil daripada soal selidik yang dijalankan ke atas 48 orang pelarian dalam negara wanita, penghuni sekitar perkampungan dan khemah pelarian di Al Hasakah dan Deir ez Zor di timur laut Syria, Aleppo, serta Idlib.

Soal selidik  Cooperative for Assistance and Relief Everywhere, (CARE) itu juga mendapatkan perincian mengapa peranan wanita Syria kini sudah berubah. Penemuan itu juga adalah suatu maklumat yang bernilai mengenai apa yang dilalui oleh wanita Syria pada masa kini.

“Jika kami tak kerja, kami tak makan” – jawapan wanita Syria kepada soal selidik CARE

Wanita-wanita yang dipilih adalah mereka yang berusia 14 hingga 25 tahun dan menjadi ketua keluarga, wanita hamil dan yang menyusukan bayi, wanita yang mempunyai anak di bawah lima tahun, serta wanita yang kurang upaya, Menurut agensi di bawah PBB, OCHA  wanita dan kanak-kanak perempuan menerima ketidakseimbangan dalam keselamatan makanan berikutan ketaksamaan gender yang menghalang keupayaan untuk penghasilan, kemampuan dan penilaian makanan.

Bagi Ghasak al-Ali ketika perang bermula pada tahun 2011, dia adalah seorang pelajar sekolah tinggi. Namun kini, pada usia 27 tahun, Ghasak adalah tulang belakang keluarga mencari rezeki bagi sebelas anggota keluarga – sesuatu yang tidak pernah difikirkannya sebelum ini.

Soal selidik itu mendapati wanita merasa bimbang sekiranya gagal memberikan keperluan asas kepada keluarga. Keputusan itu juga mendapati mereka terkesan kerana tidak pernah memikirkan akan menanggung galas yang berat itu. Bagi golongan wanita muda pula akur terpaksa bekerja demi memastikan anak-anak atau keluarga mereka mendapat makanan. Mereka juga bimbang tentang masa depan mereka, selain keputusan yang mendedahkan kerisauan mereka yang tidak mendapat makanan berkhasiat lebih-lebih lagi wanita yang menyusukan bayi dan wanita hamil.

Bagi Bahija dia tiada peluang lain selain mencari rezeki. Dari pintu ke pintu dia bertanyakan mana-mana keluarga akan tugas yang boleh dilakukannya demi kehidupan. Pada usia 65 tahun, dia perlu mencari jalan untuk makanan kepada tujuh anggota keluarganya, Suami dan anaknya meninggal dalam perang saudara Syria. Selain makanan Bahija perlukan wang untuk perubatan kesihatannya. Justeru itu, Bahija mengambil upah menjual makanan yang dimasaknya, dan kerja-kerja lain yang boleh menampung hidup mereka.

“Saya mempunyai tujuh orang anak dan saya membesarkan mereka sendiri. Saya bekerja di bidang pertanian, dan saya siapkan makanan dari rumah untuk keluarga, dan saya juga lakukan kerja-kerja lain untuk kami harungi hidup. Kami tidak mempunyai seorang lelaki atau sesiapa untuk menyara kami, kami hanya ada Allah. Suami saya meninggal dunia enam tahun lalu, dan anak saya setahun selepas itu dalam serangan udara”


*Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, sebelum ini berjaya membina dan menggali 17 buah telaga di Syria atas infaq orang ramai.

Wakaf telaga air itu berharga RM30,000 dan dimanfaatkan oleh anggaran seramai 200,000 orang di kawasan perkampungan pelarian.

*MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button