Semasa

Lima unit madrasah di Kelantan rentung

Kebakaran berjaya dikawal barisan petugas

KOTA BHARU : Lima unit pondok Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumboh hangus dijilat api sekitar jam 2:00 pagi, di Kota Bharu hari ini.

Pondok yang berasaskan separa kayu itu dilaporkan musnah hampir keseluruhan, namun, berjaya dikawal oleh Pasukan Keluaran Operasi yang tiba dilokasi kejadian sekitar jam 2:43 pagi.

Sementara itu, seorang remaja berusia 14 tahun yang berada 30 meter dari tempat kejadian menyedari kebakaran itu, lantas, meminta pertolongan orang awam untuk menghubungi pihak bomba.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Penolong Penguasa Bomba El Taraff Mohd Zachariah berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu,  tujuh anggota dari BBP Tunjong dan 10 lagi anggota dari Kota Bharu bergegas ke lokasi kebakaran.

Turut terlibat dalam operasi memadam kebakaran yang memakan masa beberapa jam itu ialah pihak polis dan juga Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Pasukan Keluaran Operasi telah melakukan pemadaman dengan jayanya dan juga mengawal kebakaran dari merebak ke 12 pondok berhampiran. – Penolong Penguasa Bomba El Taraff Mohd Zachariah

Kebakaran itu akhirnya berjaya dipadam sepenuhnya sekitar jam 4.20 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Oleh Pelatih Fakulti  Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran – Nurshazlin Shahrom

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button