Semasa

Pengharaman burqa hanya ‘cadangan’

Selepas Sri Lanka menerima banyak bantahan

Kontroversi pengharaman burqa di Sri Lanka telah menerima banyak bantahan dari negara Islam. Menteri luar Sri Lanka, mengatakan keputusan berkenaan larangan pemakaian burqa belum muktamad dan ia masih bersifat cadangan.

Sebelum ini, menteri keselamatan awam Sri Lanka, Sarath Weerasekera pengharaman burqa untuk wanita Islam hanya menunggu kelulusan kabinet.

Menteri luar Sri Lanka menambah, “Kerajaan akan mengadakan dialog dengan semua pemegang taruh untuk mencapai kata sepakat.”

Kenyataan itu dibuat selepas duta besar Pakistan ke Sri Lanka, Saad Kattak, menulis dalam tweet nya, “Hanya akan melukai perasaan orang-orang Muslim dan Muslim Sri Lanka di seluruh dunia.”

Tahun lepas Sri Lanka menuai kecaman dunia Islam kerana polisi pembakaran mayat penganut Islam yang meninggal disebabkan virus covid 19. Sri Lanka kemudiannya memansuhkan polisi tersebut.

Penduduk Islam berjumlah satu per sepuluh daripada keseluruhan jumlah penduduk Sri Lanka.

– Trtworld

Related Articles

Back to top button