DuniaSemasa

Uyghur terus ditindas tanpa pembelaan, GLAN desak siasatan ke atas China

Miliki bukti heret China kepada tindakan tidak berperikemanusiaan

Keprihatinan negara Islam terhadap nasib menimpa masyarakat Islam di dunia amat menyedihkan.

Rangkaian Tindakan Undang-undang Global, GLAN di United Kindom mendakwa isu-isu menyentuh masyarakat Islam yang amat kurang dibicarakan ialah nasib minoriti Islam Uyghur.

GLAN mendakwa minoriti Uyghur menjadi mangsa perhambaan, seksaan, rogol, dan perlindungan pemandulan secara paksa.

Agensi itu turut mendakwa  terdapat beberapa hujah yang diterima akal bahawa Presiden Xi Jinping bertanggungjawab terhadap tindakan itu, dalam hal jutaan kaum minoriti berkenaan dipenjarakan tanpa rela.

Mangsa telah dibiarkan berada dalam tekanan pada masa agak lama, dipukul dan kebuluran malah ditutup mata.

Secara dasarnya GLAN berkata banyak kes-kes yang boleh dibawa ke muka pengadilan berhubung kekejaman kerajaan China ke atas komuniti Ugyhur, di bawah peruntukan kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai.

Kemudahan keselamatan bertahap tinggi di lokasi etnik minoriti Ugyhur ditahan, dipercayai di barat laut Xinjiang.

Pasukan perundangan GLAN mendakwa mereka melihat bukti yang boleh dijadikan sandaran kes antaranya prosedur haram pensterilan ke atas wanita, pengguguran kandungan secara paksa yang telah pun termasuk dalam peruntukan pembunuhan beramai-ramai.

GLAN juga menerima bukti kanak-kanak diletakkan di rumah anak yatim  atau asrama tanpa persetujuan ibu bapa mereka.

Peter Irwin, dari Projek Hak Kemanusiaan Ugyhur berkata hasil daripada bukti-bukti ini sepatutnya membolehkan China tidak lagi boleh dlayani sebagai negara anggota antarabangsa.

Sementara itu, pakar undang-undang China Adrian Zenz, melaporkan kerajaan komunis itu memaksa wanita Ugyhur dimandulkan dengan memaksa mereka memakai alat perlindungan kehamilan.

Sekiranya ditolak mereka akan dihantar ke khemah tahanan untuk di sekolahkan kembali.

Sebelum ini siasatan BBC mendapati, generasi muda Uyghur dipisahkan daripada ibu bapa mereka supaya mereka membesar tanpa mengamalkan ajaran  Islam.

Kawalan ketat ke atas media menyukarkan bahan bukti malah untuk berada dekat Xinjiang.

GLAN mendakwa jenayah terbesar abad 21 ini berlaku di depan mata masyarakat Islam, namun suara-suara kerajaan Islam seolah membisu.

Pada Julai 2019, Pakistan, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Algeria dan banyak lagi negara majoriti Muslim mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu membenarkan pemerhati antarabangsa menyiasat dakwaan terhadap seksaan ke atas Uyghur, namun kini senyap seketika.

Pada masa yang sama naib Uyghur masih terus ditindas.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button