Sabak Bernam : Misi Ummah Bantu Ummah anjuran MAPIM Malaysia di Sabak Bernam berpeluang bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat yang terjejas akibat pandemik covid-19. Antaranya adalah Encik Shahruddin seorang peniaga warung.
Ketika ditemui di rumahnya, Encik Shahruddin yang memakai baju warna biji kundang menyambut kedatang MAPIM Malaysia dengan gembira. Menurutnya dia sudah menunggu MAPIM Malaysia sejak pagi lagi.
“Meniaga warung. Buka pagi tutup pukul 10. Sebelum covid pun memang banyak kedai makan lain tepi jalan, kena bersaing,” kata Encik Shahruddin memulakan perbualan.
Dahulu sebelum covid-19, beliau masih boleh mendapatkan pendapatan kasar RM100 sehari. Namun apabila covid-19 melanda pendapatan mula berkurang menjadi RM70 sehari, belum ditolak kos lain.
Keadaan semakin menjadi parah apabila PKP pertama dilaksanakan. Untuk beberapa bulan pertama, dia hanya mengharapkan wang simpanannya.
Selepas PKP dilonggarkan dia mula melaksanakan perkhidmatan hantar dan bayar (COD).
“Tapi faham sahajalah COD di kampung. Mula-mula sahaja ramai. Kemudian, dapatlah RM15,” jawab Encik Shahruddin apabila ditanya tentang perkhidmatan COD nya.
Walaupun warung sudah boleh dibuka tetapi pelanggan sudah berkurang. Ini disebabkan banyak sektor ekonomi yang masih ditutup. Malah ramai yang memilih untuk duduk di rumah. Ketika ditanya tentang perancangan masa hadapan, Encik Shahruddin hanya mampu berkata,
“Sekarang saya harapkan bazar Ramadan. Harap-harap dibuka. Kalau ada, bolehlah tambah pendapatan.”
Pada pertemuan itu, MAPIM Malaysia menghulurkan bantuan makanan asas kepada Encik Shahruddin. Ia adalah hasil infaq rakyat Malaysia. Kegembiraan terpancar jelas daripada wajah Encik Shahruddin ketika menerima bantuan itu.
Menurut (Dr.) Sani Araby Al Kahery yang juga pencetus inspirasi kepada Misi Ummah Bantu Ummah ini, “Semua golongan yang terjejas kita akan santuni. Semuanya bermula dengan formula, “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling bermanfaat bagi manusia lain.”
Diharapkan dengan pembukaan semakin banyak sektor ekonomi akan merancakkan kembali perniagaan warung Encik Shahruddin.
#MisiUmmahBantuUmmah
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik.
Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com
ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu
1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016