KUALA LUMPUR 27 Feb : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.20 peratus dan jumlah agihan RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional serta 4.90 peratus untuk Simpanan Shariah dengan agihan berjumlah RM4.76 bilion.
Dalam kenyataan pada Sabtu, KWSP turut mengumumkan agihan dividen keseluruhan bagi 2020 adalah RM47.64 bilion.
“Dengan purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.32 peratus bagi Simpanan Shariah selepas diselaraskan untuk inflasi, KWSP mengatasi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada dua peratus dalam tempoh lima tahun berturut-turut,”
“Ada ketikanya, KWSP perlu mengambil keputusan yang sukar bagi memastikan ahlinya mampu bertahan dalam situasi semasa yang mencabar dan pada masa sama mengimbangi keperluan masa depan mereka.
Beliau menjelaskan, tindak balas pantas KWSP dalam mengadaptasi strategi dan proses pelaburan telah berjaya memastikannya mampu mencapai prestasi yang optimum.
Katanya, KWSP juga akan terus memanfaatkan kekuatan kira-kira 250 anggota pelabur profesional KWSP yang komited dan proaktif dalam menguruskan portfolio pelaburan.