122 anggota JAIS buru Muhammad Sajjad Kamaruzzaman
Bagi melaksanakan waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam
“Mahkamah mengeluarkan waran tangkap tanpa jaminan terhadap usahawan kosmetik itu.” – Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad
Memetik Harian Metro, Datuk Mohd Shahzihan berkata pihaknya, mengarahkan anggota penguat kuasa JAIS mencari dan menahannya untuk dibawa ke mahkamah,”
Beliau berkata, setakat ini Sajat masih belum ditahan dan pihaknya sedang berusaha mengesannya.
Katanya, JAIS menasihati Sajat supaya memberi kerjasama dan menyerah diri.
Terdahulu, Nur Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Menurut sumber, waran tangkap itu dikeluarkan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.
Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid SHaee @ Shaii.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.
Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.