DuniaHiburanKemanusiaanPalestinSemasa

Palestin Vs Israel: Ada Apa Dengan Drama Bersiri ‘Um Haroun’?

Masyarakat Timur Tengah cukup terbiasa dengan isu berkaitan  antara orang Yahudi dan Arab yang telah berlanjutan  selama beberapa dekad. Di sebalik usaha untuk cuba mencari penyelesaian kepada konflik berkenaan, belum ada satu pun yang memberi gambaran persengketaan turun temurun itu akan berakhir.

Namun siapa sangka ada pihak yang cuba dengan pendekatan yang agak berlainan kerana menggunakan saluran hiburan.

Yang terbaru, sebuah drama  bertajuk “Um Haroun,” atau “Ibu Harun,” mula ditayangkan di salah satu saluran TV paling terkenal di dunia Arab selama bulan Ramadan tahun ini. Drama tersebut berkisarkan tentang seorang jururawat Yahudi yang tinggal di negara Teluk Arab pada tahun 1940-an. Dia tinggal di sebuah kampung bersama komuniti beragama Islam dan Kristian dan hidup dengan aman atas khidmat rawatan yang diberikan olehnya  kepada masyarakat setempat. Walaupun drama ini mempunyai banyak  situasi desa dengan konflik tersendiri, ia walau bagaimanapun produksinya cuba menggambarkan keharmonian antara agama sebelum penciptaan Israel moden pada 1948.

Sejak siri ini mula disiarkan pada bulan April melalui stesen MBC yang disokong oleh kerajaan Arab Saudi, ia telah mendominasi penonton khususnya di kalangan bangsa Arab di mana mereka sekeluarga berkumpul di depan televisyen pada waktu malam bagi mengikuti perkembangan setiap episode yang ditayangkan.

Tetapi dunia Arab sekali lagi berdebat kerana timbul perbezaan pendapat mengenai mesej yang cuba disampaikan melalui drama berkenaan.

Bagi peminat mereka memuji program ini kerana ia menelusuri nilai-nilai masa lalu yang sering diabaikan – komuniti Yahudi di Teluk Parsi pada tahun 1940-an dan 1950-an – di samping memberikan contoh hidup harmoni antara agama yang berbeza. Drama ini ternyata dilihat sebagai mesej yang datang tepat pada masanya.

Walau bagaimanapun, menurut penerbit drama berkenaan, Emad al-Enazy mendakwa siri ini dikembangkan oleh MBC serta syarikat produksi Kuwait dan Emirati, tanpa mana-mana kerajaan terlibat.

“Kerja kami tidak ada kaitan dengan politik atau normalisasi. Perjuangan Palestin adalah perjuangan kami,” katanya lagi.

Tetapi para pengkritik mengecamnya sebagai usaha terang-terangan untuk mengubah pandangan Arab terhadap Israel demi membuka jalan bagi hubungan formal, atau apa yang banyak disebut di dunia Arab sebagai “normalisasi.”

Joshua Cooper, dari kumpulan Jewish Voice for Peace, mengatakan bahawa produksi drama sebegitu berkemungkinan hasil dari “hubungan perniagaan dan politik yang selesa” yang wujud antara Arab Saudi dan Israel.

Ini jelas demi kepentingan rejim Israel dan Arab Saudi untuk memupuk antipati (rasa negative) terhadap rakyat Palestin … dan sekaligus mengaburkan perbezaan antara Yahudi dan Zionis.

– Joshua Cooper, Jewish Voice for Peace

Dia menambah kumpulan pro Zionis telah menggunakan kekecohan yang berlaku di media sosial Barat untuk menyalahkan orang Arab atas keganasan Israel terhadap mereka dan meletakkan masyarakat Yahudi keseluruhannya dalam satu konteks yang sama dengan kewujudan Israel.

Bagi Abdel Bari Atwan seorang wartawan Palestin pula, Ramadhan tahun ini cukup berlainan bukan sahaja kerana pandemik COVID-19 yang menghalang umat Islam menjalankan ibadah seperti tahun-tahun lalu, tetapi kerana dunia menyaksikan kempen normalisasi Israel terbesar secara terang-terangan oleh negara Islam sendiri.

“Ia menyaksikan kempen normalisasi terbesar, didorong oleh media Saudi, dengan bantuan kerajaan, dan berkoordinasi dengan negara penjajah Israel.

Penubuhan Israel pada tahun 1948 dan pembantaian dan pengusiran rakyat Palestin dari tanah mereka pada tahun 1940-an dan 50-an membakar semangat di seluruh Timur Tengah. Jadi benarkah drama ini dapat memupuk kedamaian antara Palestin dan Israel?

Apa kata anda? Kongsi bersama kami jika anda sudah tonton drama Um Haroun!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button