JAKARTA : Peningkatan mangsa bencana alam di Indonesia baru-baru ini menyukarkan keupayaan petugas kesihatan membendung jangkitan Covid-19 di Republik itu.
Kekangan seperti kekurangan pelitup muka dan cecair nyah kuman meningkatkan risiko penularan COVID-19 dalam kalangan mangsa.
Setakat ini, Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan (BNPB) Indonesia menekankan aspek pematuhan keselamatan COVID-19 perlu ditingkatkan.
Korban gempa bumi dan banjir besar di bahagian tengah Indonesia meningkat kepada 96 orang dengan 70,000 penduduknya terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing, sejak dua minggu lalu.
Sementara itu, kira-kira 28,000 penduduk berlindung di 25 pusat penempatan sementara di bandar Majumu dan daerah Majene, Sulawesi Selatan.
Hampir 40,000 penduduk di kawasan dilanda banjir dipindahkan ke wilayah Kalimantan Selatan.
“Tempat perlindungan akan tertumpu di dua lokasi iaitu di setiap wilayah yang dilanda bencana dan akses ke tempat perlindungan akan dihadkan,” katanya.
Menurutnya lagi, mangsa yang dibahagikan mengikut usia bagi mengekang penularan wabak diperintahkan untuk sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di tempat perlindungan.
Ujian calitan antigen juga disediakan bagi mangsa bencana untuk memastikan pengurusan teratur membabitkan pesakit berpotensi dijangkiti COVID-19.
Lebih membimbangkan apabila penduduk yang meninggalkan kediaman masing-masing sehelai sepinggang akibat bencana dilihat tidak mematuhi sebarang protokol kesihatan. – AGENSI