KUALA LUMPUR: Tujuh daerah di 3 negeri masih terkesan banjir dengan 952 mangsa berada di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang tadi.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui kenyataan memaklumkan kejadian banjir itu melibatkan 4 daerah di Perak, dua di Selangor dan satu di Johor.
Jumlah ini menunjukkan pengurangan berbanding laporan jam 8 pagi tadi dengan terdapat 1,156 mangsa sedang berlindung di PPS seluruh negara, menurut kenyataan itu.
NADMA melaporkan satu PPS ditutup hari ini iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Kerian, Perak.
Menurutnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan enam sungai berada ditahap amaran iaitu Long Teru, Miri, Sarawak; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang dan Sungai Triang di Bera, Pahang, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, Johor serta Sungai Kerian di Rumah Pam Bandar Baharu, Bandar Baharu dan Sungai Gurun di Kampung Perupok, Yan, Kedah.
Dalam pada itu, NADMA memaklumkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara mengeluarkan notis kesiapsiagaan banjir kilat di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak pada jam 4 petang tadi.
Menurutnya, Jabatan Kerja Raya pada jam 2 petang tadi pula melaporkan terdapat dua lokasi terkesan banjir, tujuh lokasi cerun runtuh serta masing-masing dua lokasi jalan mendap dan jambatan rosak/runtuh.
Kejadian-kejadian ini berlaku di empat daerah di Kedah, masing-masing dua daerah di Johor dan Negeri Sembilan serta masing-masing satu daerah di Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang. – BERNAMA
BACA JUGA
Aktivis MAPIM bertindak segera bantu ummah di Bangi Lama
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038