NEW YORK : Peristiwa yang menyayat hati apabila rumah yang dianggap syurga bagi mereka terbakar sehingga menyebabkan sebahagian daripada Apartment Twin Parks hangus dijilat api.
Lebih menyedihkan apabila sembilan belas orang terbunuh, termasuk sembilan kanak-kanak, dan berpuluh-puluh cedera. Kenyataan ini disahkan oleh Datuk Bandar New York, Eric Adams.
Kira-kira 200 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran dan menyelamat.
Menurut seorang pegawai bomba tempatan, hasil siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada sebuah alat pemanas ruang yang mengalami kerosakkan.
Bangunan itu tidak mempunyai pintu keluar kebakaran yang menyebabkan ramai mangsa kebakaran gagal untuk menyelamatkan diri dek kepulan asap yang tebal. Perkara ini turut menyukarkan pasukan penyelamat bomba bagi melakukan proses menyelamatkan mangsa.
Pangsapuri itu menempatkan yang penduduknya berasal dari negara kecil Africa Barat iaitu Gambia yang majoritinya ialah beragama islam.
FOTO IHSAN REUTERS
Sebak melihat apabila penduduk yang menetap di sekitar The Bronx, New York berkabung dan berarak jenazah mereka yang tidak berdosa terkorban dalam kebakaran tersebut. Melihat wajah mereka yang sayup dan sedih kerana kejiranan di situ dianggap seperti keluarga. Hilangnya mereka ibarat hilanglah seri di perumahan tersebut.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Air mata yang jatuh menyembah bumi cukup untuk membuktikan perasaan hiba yang menyelubungi mereka. Tidak dapat dibayangkan perasaan apabila orang tersayang hilang dalam sekelip mata. Hari yang semalamnya indah kian bertukar kelam.
Peristiwa ini membuka mata dunia dengan memperlihatkan masyarakat bersatu tidak kira bangsa atau agama. Dikala dunia sedang bergolak, masih ada kasih sayang dan cinta sesama manusia.
Semoga Allah membangkitkan mereka di kalangan para syuhada