
KUALA LUMPUR : Sejumlah 84 daripada keseluruhan 274 kawasan yang mengalami gangguan air tidak berjadual telah pulih bekalan air sepenuhnya setakat jam 11:00 pagi ini.
Air Selangor dalam satu kenyataan berkata proses pemulihan bagi gangguan terkini bekalan air di Selangor itu berada pada tahap 31 peratus.
190 kawasan lagi masih dalam proses pemulihan.
Kawasan Hulu Langat mencatat peratus pemulihan tertinggi iaitu 58 peratus, diikuti Kuala Langat 55 peratus.
Sementara itu wilayah Petaling juga gangguan dikatakan beransur pulih dengan peratus pemulihan pada 43 peratus.
Bagaimanapun Air Selangor tidak menyatakan proses pemulihan bagi wilayah terganggu bekalan di Sepang dan Putrajaya.
Maklumat terkini ini adalah perkembangan semasa pemulihan bekalan air berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi sejak Ahad lalu.
Air Selangor akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa di platform media sosial syarikat itu juga dari aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.
-FB Air Selangor