BanjirSemasa

80 rumah terkesan banjir di Kampung Bangi Lama

BANGI : Hujan lebat yang turun secara berterusan di sekitar Kampung Bangi Lama sejak malam tadi mengakibatkan 80 buah rumah terkesan akibat banjir. 

Orang ramai bermula pindah keluar daripada perumahan mereka dan menumpang di rumah saudara yang terdekat seawal jam 3 pagi semalam bagi menyelamatkan diri. Setakat ini masih tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir dibuka. 

Menurut salah seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Pak Uda, masa yang diambil bagi air surut sekurang-kurangnya 4 hingga 5 jam namun bagi air di dalam rumah surut mengambil masa yang lebih lama. Jadi proses pembersihan tidak dapat dilakukan sehingga air surut sepenuhnya. 

Banjir dilaporkan semakin surut setakat jam 11:30 pagi ini. 

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama My Hope Hero dan Yayasan Prihatin telah turun bagi membantu penduduk di Kampung Bangi Lama berpindah dan keluar daripada rumah mereka yang dinaiki air ke tempat yang lebih selamat. 

“Kami telah meninjau kawasan banjir disini bagi mengenalpasti segala kelengkapan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada penduduk-penduduk di sini dan selepas ini kita perlu menunggu pasca banjir bagi proses pembersihan.” kata Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Zulhanis Zainol. 

“Bentuk bantuan yang diperlukan adalah pasca banjir bagi pembersihan rumah namun perlu tunggu sehingga air surut terlebih dahulu,” kata Cikgu Shaari, salah seorang penduduk Kampung Bangi Lama. 

Penduduk di sini juga meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak yang sepatutnya bertanggungjawab kerana masih tiada tindakan yang diambil sedangkan banjir kilat seperti ini telah berlaku sebanyak 3 kali pada tahun ini sahaja. 

Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button