DuniaSemasa

770 juta orang buta huruf di seluruh dunia

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

MOSCOW : Di seluruh dunia mempunyai sekitar 770 juta orang buta huruf dengan dua pertiga daripada mereka adalah wanita, menurut kenyataan yang dimuat naik dalam laman web UNESCO.

“Saya juga fikir semua orang yang tidak mendapat hak untuk pendidikan adalah kanak-kanak termasuk 770 juta orang dewasa yang tidak tahu membaca atau menulis, dan dua pertiga daripadanya adalah wanita,”  Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay di Persidangan Antarabangsa Pendidikan Dewasa ketujuh pada Rabu.

Beliau turut menegaskan untuk mempertingkatkan usaha menyediakan pendidikan kepada orang dewasa yang buta huruf.

Tambahnya lagi, secara global 250 juta kanak-kanak gagal mempunyai kemahiran literasi asas. Hal ini menyebabkan pengecualian belia dan orang dewasa yang kurang berkemahiran bagi menyertai aktiviti dalam komuniti dan masyarakat mereka.

Bagi memainkan peranan penting dalam pembelajaran sepanjang hayat, UNESCO mengambil beberapa pendekatan untuk meningkat jumlah individu celik huruf diseluruh dunia.

Antara pendekatan yang disarankan oleh UNESCO adalah membina asas yang kukuh melalui penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak, menyediakan pendidikan asas yang berkualiti untuk semua kanak-kanak, meningkatkan tahap literasi berfungsi untuk belia malah dewasa yang kurang kemahiran literasi asas, serta membangunkan persekitaran celik huruf.

Persidangan ini diadakan di Marrakesh, Maghribi pada Rabu sehingga Jumaat.

-Agensi

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button