DuniaSemasa

75 rumah musnah gempa bumi di Peru

LIMA : Sebanyak 75 rumah musnah, manakala 12 orang cedera dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Ritcher yang menggegarkan utara Peru, lapor AFP.

Menurut Institut Geofizik Peru, insiden gempar bumi yang berlaku kira-kira jam 5.52 pagi itu (waktu tempatan) dikesan pada kedalaman 131 kilometer dan pusat gempa berada 98 kilometer dari bandar Santa Maria de Nieva di wilayah Condorcanqui.

Sementara itu, gempa bumi tersebut turut menyebabkan kerosakan di negara jiran, Ecuador.

Berdasarkan laporan berita Reuters, beberapa penduduk meninggalkan rumah mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagaimanapun, tiada kerosakan dilaporkan pada saluran paip minyak milik kerajaan Petroperu sepanjang 1,100 kilometer yang merentasi rantau Amazon Peru ke pantai Pasifik di utara.

“Gegaran itu sangat kuat,” kata Datuk Bandar, Hector Requejo, kepada radio RPP.

Gempa bumi kuat itu turut dirasai di hampir separuh negara, termasuk kawasan pantai dan ibu negara Lima.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button