Semasa

73 terbunuh dalam insiden pengebom berani mati Lapangan Terbang Kabul

KABUL : 60 rakyat Afghanistan dan 13 tentera Amerika Syarikat telah terbunuh manakala puluhan yang lain cedera dalam insiden pengebom berani mati meletupkan diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul.

Insiden itu berlaku hanya beberapa jam selepas tentera AS memberi amaran mengenai ancaman keganasan yang akan berlaku.

Militan IS yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu berkata, serangan pengebom berani mati itu menyasarkan penterjemah dan individu yang bekerjasama dengan tentera AS.

Serangan mengejutkan itu berlaku ketika tentera AS berusaha keras membantu pemindahan penduduk keluar dari Afghanistan.

Kematian melibatkan tentera AS itu dipercayai antara paling ramai yang terkorban di Afghanistan sejak serangan tembakan ke arah helikopter yang mengorbankan 30 tentera negara itu pada Ogos 2011 lalu.

Sementara itu, Presiden AS, Joe Biden bersumpah akan mencari pelaku serangan itu dan mengarahkan Pentagon merancang untuk melakukan serangan balas terhadap kumpulan ISIS.

Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jen Stoltenberg berkata, anggota tentera perlu terus melakukan usaha pemindahan melibatkan orang ramai sebanyak mungkin dari Kabul walaupun berlaku serangan pengganas.

“Keutamaan kami masih kekal memindahkan seramai mungkin orang ramai ke tempat selamat dengan segera,” katanya.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button